Thomas Tuchel percaya dia mungkin masih menjadi jurulatih Borussia Dortmund sekiranya serangan bom pada pada April lalu tidak berlaku.
Bas Dortmund yang ketika itu dalam perjalanan ke Signal Iduna Park untuk menghadapi AS Monaco dalam suku akhir Liga Juara-Juara, mengalami kerosakan akibat tiga letupan.
Pemain pertahanan, Marc Bartra, tercedera semasa kejadian itu dan memerlukan pembedahan pada pergelangan tangannya.
Aksi menentang Monaco kemudian dilangsungkan pada hari berikutnya, dengan pelawat mencatat kemenangan 3-2 sebelum menang 3-1 dalam aksi timbal balik.
Akibat serangan di Signal Iduna Park itu, Tuchel mendakwa beliau dan pemainnya tidak pernah dipelawa untuk berunding mengadakan perlawanan itu dalam tempoh 24 jam selepas mereka mengalami kesulitan -- langkah tersebut ditentang Ketua Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke.
Walaupun Tuchel mengetuai Dortmund untuk menjulang DFB-Pokal menerusi kemenangan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt pada Mei, dia dipecat tiga hari kemudian.
Ditanya sama ada dia masih pengurus kelab Jerman itu sekiranya kejadian 11 April itu tidak berlaku, lalu jawab pengurus berusia 44 tahun itu: "Saya menganggapnya begitu.
"Aki (Watzke) telah menyatakannya secara terbuka kerana wujud perbezaan besar, itu sesuatu yang benar.
"Bezanya saya berada di atas bas itu dan Aki tidak, sebab itulah pendekatan untuk mengatasinya berbeza tanpa saya mahu menafikan usaha Aki."
Tuchel, yang dikaitkan dengan kerusi panas di Bayern Munich musim depan, menjelaskan bahawa dia bersedia untuk menggalas tanggungjawabnya sehari selepas kejadian letupan itu, namun menyedari skuad itu "dalam keadaan tidak bersedia" ketika bertemu anak buahnya dalam sesi latihan Dortmund, keesokan harinya.
Ditanya sama ada serangan itu mempengaruhi prestasi pasukannya, Tuchel menambah: "Saya yakin, impaknya dan nasib kami hanya dirasai keesokan harinya.
"Usaha pemain sehari selepas itu tetap luar biasa dan sukar dipercayai."