DORTMUND 3 HAMBURG 0
Thomas Tuchel mengkritik pembaziran Borussia Dortmund di depan gol dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Hamburg, awal pagi tadi.
Kemenangan itu memastikan Dortmund tidak kehilangan tempat dalam posisi ketiga saingan Bundesliga.
Walaupun tidak bolos dalam aksi di Signal Iduna Park itu - Pierre-Emerick Aubameyang, khususnya, melepaskan deretan peluang sebelum jaringannya pada masa kecederaan melebarkan rekod golnya kepada tujuh perlawanan.
Sepakan percuma Gonzalo Castro meletakkan Dortmund di hadapan pada minit ke-13 tetapi tuan rumah hanya dapat menjamin kemenangan mereka menerusi jaringan lewat Shinji Kagawa dan Aubameyang, sehingga menerbitkan rasa kecewa Tuchel berkenaan ketumpulan penyudah pasukannya.
"Saya kecewa, kami telah mencipta banyak peluang tetapi corak permainan kami cuai," kata Tuchel.
"Ia bagaikan satu perjalanan roller-coaster!
"Kami perlu kritikal mengenainya, kami melepaskan terlalu banyak peluang.
"Perlawanan ini mungkin berakhir 1-1 dengan nisbah percubaan 100-2."
Sementara itu, bos Hamburg, Markus Gisdol -- pasukannya hanya berada satu mata di atas zon penyingkiran -- kagum dengan semangat juang pasukan pelawat.
"Kami mengikat kedudukan sehingga minit ke-80," kata Gisdol.
"Kami bermain dengan baik dan bekerja keras. Kami telah menampilkan permainan yang benar-benar bagus di tempat lawan."
Dortmund bakal menghadapi pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, dalam aksi berikutnya tatkala anak buah Tuchel mahu memastikan slot automatik dalam kelayakan Liga Juara-Juara.