Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, percaya Liga Perdana Inggeris (EPL) pentas terbaik buat Kai Havertz merealisasikan potensinya.
Havertz, 21, masih lagi tidak menampilkan persembahan terbaik buat Chelsea sejak tiba dari Bayer Leverkusen September lalu.
Pemain kebangsaan Jerman menyerlah dalam dua musim dalam saingan Bundesliga, meledak 29 gol dan melakukan sembilan assist dalam 64 perlawanan.
Tuchel, yang menggantikan Frank Lampard sebagai ketua jurulatih Chelsea, memuji Havertz kerana mengambil keputusan berhijrah ke EPL dan berkata pemain itu seorang yang berbakat.
"Potensinya tidak memiliki had, tiada penghujung. Ia adalah cabaran baginya dan saya berasakan dia mengambil keputusan berani, anda perlu memahaminya.
"Saya seorang penyokong Bayer Leverkusen dan mengetahui bagaimana mereka membentuk pemain dengan kualiti permainan yang dipamerkan.
"Tetapi anda datang dari Leverkusen ke Chelsea, budaya tidak boleh berbeza. Namun dia telah menyertai kelab yang berusaha dan berjuang merebut gelaran setiap musim dan ia akan meningkatkan lagi kadar kerjanya bagi memastikan aksi yang cemerlang dapat dipamerkan.
"Dan saya sangat suka kerana dia berada jauh di luar zon selesa."
Dalam 17 perlawanan EPL musim ini, Havertz sekadar meledak satu gol dan melakukan dua assist buat Chelsea yang menghuni tangga ke-10.

We keep working to improve. pic.twitter.com/42oBhQ6atp
— Kai Havertz (@kaihavertz29) January 28, 2021