Skip to main content

Bola Sepak

TMJ tidak bimbang, biaya kos guaman ke CAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj-fifa.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak bimbang sekiranya dihukum gara-gara kritikannya terhadap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan hukuman dan dakwaan pemalsuan dokumen yang dikenakan badan induk dunia itu terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain.

TMJ lantang mengkritik keputusan FIFA mengekalkan denda terhadap FAM dan penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan, di mana FAM bersedia untuk membawa isu berkenaan ke peringkat Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Ditanya mengenai kebimbangan sama ada tindakannya akan mengundang hukuman FIFA, Pemangku Sultan Johor berkenaan, dalam satu perbualan bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata dia tidak bimbang dengan risiko itu dan bersedia menghadapinya.

Selain itu, TMJ juga mengesahkan bahawa kesemua kos pembiayaan untuk membawa kes berkenaan ke CAS akan ditanggung olehnya tanpa melibatkan sebarang wang rakyat.

Advertisement

Must Watch Video