Jurulatih Brazil, Tite, enggan mendedahkan sama ada beliau ada memberi nasihat kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, berikutan musim tidak menentu yang membelenggunya.
Neymar meledak gol pertamanya musim ini untuk kelab mahupun negaranya ketika skuad Selecao itu seri 2-2 dengan seteru Amerika Selatan (AS), Colombia, dalam persahabatan antarabangsa, Sabtu lalu.
Aksi memberangsangkan itu tercetus selepas pemain berusia 27 tahun itu gagal dalam usahanya untuk kembali ke juara LaLiga, Barcelona, sebelum jendela perpindahan tamat.
Neymar sekali lagi menjadi topik perbualan tatkala Brazil bersedia menghadapi Peru sebagai ulangan aksi final Copa America, sehubungan itu Tite memberitahu pemberita: "Apa sahaja nasihat yang baik untuk Neymar, saya tidak akan mendedahkannya secara terbuka.
"Bagaimanapun, kami boleh melakukannya dalam pasukan kebangsaan. Dalam situasi yang kompetitif buat kami, selama 10 hari di sini, kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana yang baik untuknya, begitu juga dalam soal pemilihan.
"Saya tidak bersikap berat sebelah. Tetapi saya juga memahami bahawa dia adalah antara tiga pemain terbaik di seluruh dunia."
Brazil menewaskan Peru 3-1 dalam final Copa America, Julai lalu, dan kedua-dua negara akan bertemu semula di Los Angeles, pagi esok.
Menyimpulkan pertembungan itu, Tite berkata: "Jika saya berada di pihak Peru, saya akan mempunyai perasaan dendam tetapi dengan kesetiaan.
"Mereka tidak perlu mengalahkan kami tetapi beraksi dalam usaha menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang lebih baik. Kami perlu tampil hebat kerana kami telah bekerja di bawah tekanan.
"Kami bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Eropah tetapi terdapat masalah dalam aspek kalendar dan kadang-kadang ia tidak serasi."