Skip to main content

Bola Sepak

The Titans sedia rantai kelincahan Andik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andik.jpg
Status sebagai pasukan bukan pilihan tidak membuatkan pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, berasa rendah diri berdepan Selangor, sebaliknya menganggap itu satu motivasi menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu ini. 

Skuad The Titans nyata cukup serius dalam menghadapi saingan Piala Malaysia apabila tiba ke Shah Alam, dua hari lebih awal daripada hari perlawanan. 

Rahmad menjelaskan, mereka bersemangat tinggi untuk berdepan Selangor walaupun menghormati reputasi hebat yang dimiliki skuad The Red Giants dalam Piala Malaysia. 

Tambahnya, kesempatan beraksi dalam separuh akhir tidak akan dipersia-siakan, memandangkan hanya selangkah lagi untuk mereka mencipta sejarah ke pentas akhir. 

"Saat ini adalah bagaimana saya boleh menghantar pemain saya untuk bermain sebaik mungkin. Nanti kita lihat bagaimana peluang kami. 

"Saya dan juga pemain mempunyai tekad yang sama, sayang jika kami mahu mengundurkan langkah," kata Rahmad. 

Ditanya siapa pemain yang paling beliau bimbangi, sudah tentu bekas pemainnya ketika membimbing skuad B-23 Indonesia, iaitu Andik Vermansah. 

Rahmad berjanji pemainnya akan memberikan perhatian khas kepada Andik yang menjadi nadi utama serangan Selangor. 

"Saya tahu bakatnya. Dia memang pemain yang punya kelebihan.

"Dia adalah pemain yang cukup sederhana tetapi mempunyai motivasi yang tinggi dalam semua perlawanan. 

"Ya, saya akan memberikan perhatian khas untuk Andik esok."



Advertisement

Must Watch Video