Aksi Liga Super berdepan Melaka United di Stadium Larkin semalam menyaksikan Safiq Rahim tidak memakai lilitan ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang buat Safiq menyerlahkan prestasi cemerlang dengan melakukan jaringan hatrik untuk membantu Harimau Selatan meraih kemenangan 7-0.
Safiq masih kekal ketua pasukan JDT walaupun perlawanan berdepan skuad Hang Tuah itu menyaksikan Marcos Antonio memakai lilitan ketua pasukan.
Safiq berkata skuadnya mempunyai ramai pemain berpengalaman yang mampu memimpin pasukan dan tiada masalah jika jurulatih, Benjamin Mora, mahu memberi peluang kepada pemain lain mengetuai pasukan.
"Macam saya cakap sebelum ini, semua pemain boleh (jadi kapten). Kami sebagai satu pasukan adalah kapten, kalau menjalankan tanggungjawab masing-masing, semua adalah ketua. Semua pemain ada tanggungjawab masing-masing."
Dalam pada itu, Safiq menyifatkan kemenangan besar ke atas Melaka sebagai satu motivasi penting buat skuadnya mengharungi baki saingan liga selepas ini.
Bekas kapten skuad negara itu berharap rakan sepasukan lain akan terus menggandakan usaha bagi mengekalkan rentak kemenangan.
"Kami tidak boleh ambil mudah pasukan Kelantan, ramai pemain berpengalaman ada di situ.
"Kami perlu serius -- bermain di tempat lawan sama seperti beraksi di laman sendiri. Kami perlu perbetulkan kesilapan-kesilapan yang ada."
JDT akan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu, Rabu ini.
Safiq, anak kelahiran Kuala Selangor yang berusia 30 tahun, lebih sinonim beraksi di posisi tengah dan telah meledak lima gol setakat ini.
Suami kepada bekas pemain boling negara, Zandra Aziela, itu dijangka bakal kembali semula bersama skuad kebangsaan selepas mengumumkan persaraan sebelum ini.