Skip to main content

Bola Sepak

'Tidak mahu masalah kewangan KL City berulang'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl.jpg
Pelantikan Datuk Sham Shamrat Sen Gupta sebagai Pengarah Eksekutif Kuala Lumpur (KL) City ditagih khidmatnya untuk memastikan urusan pentadbiran kelab berjalan lancar.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) itu juga memikul tanggungjawab besar bagi membantu kelab tersebut lebih berdaya saing dan bersistematik, terutamanya daripada aspek kewangan.

Dia percaya dengan pengalaman luas yang dimilikinya selama 25 tahun dalam bidang korporat mampu menjadi nilai tambah terhadap perjalanan skuad Warga Kota sepanjang musim.

 

Sham Shamrat turut berharap masalah kewangan yang pernah membelenggu pasukan itu sebelum ini tidak akan berulang pada masa akan datang, demi memastikan kelangsungan kelab dalam kancah domestik dan antarabangsa.

"Saya mahu mengekalkan supaya kelab ini bebas daripada sebarang isu kewangan. 

"Tanggungjawab yang besar, Insya-Allah kami boleh menyelesaikan masalah lalu, bukan senang tapi yakin boleh," katanya di Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video