Skip to main content

Bola Sepak

Tiada tekanan tambahan walaupun jadi pilihan -- Klopp

jurgen-klopp-cropped_19qa3on2pkua616z56p1ippe8h_3.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata tiada tekanan tambahan buat pasukannya walaupun ketua eksekutif kelab, Peter Moore, berkata gergasi Liga Perdana Inggeris itu telah kembali ke mercu yang pernah dihuninya pada masa lalu.

Awal minggu ini, Moore berkata juara Eropah itu kini kembali ke puncak mereka sambil merujuk pencapaian bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Namun, Klopp, yang skuad bimbingannya akan bertandang ke Sheffield United malam ini, menepis cakap-cakap sedemikian sambil mengatakan dia tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘mercu’ berkenaan.

"Tidak, jelas sekali tiada tekanan tambahan," kata pengendali itu.

"Saya mendengar tentangnya tetapi saya pun tak faham mengenai mercu yang dikatakan, jadi bagi saya, sejujurnya, ia bukan pun satu perkara besar.

"Kami telah dewasa dan bercakap. Kadangkala, orang perlu menghadapi apa yang saya katakan dan dalam situasi ini, saya perlu berurusan dengan apa yang disebutkan Moore.

"Namun, saya tidak marah. Saya sukakan Moore. Dia bercakap mengenai perkara itu tetapi bagi saya, ia tidak membawa sebarang makna kerana saya tidak tahu mengenai istilah itu. Ia bukan satu masalah.

"Jika orang ramai datang dan bertanya 'adakah anda masih di mercu atau tidak?', saya masih belum faham apa maknanya mercu itu."
 

Advertisement

Must Watch Video