Pada usia 52 tahun, Pep Guardiola sudah memahat namanya selaku pengurus terbaik abad ke-21.
Pemenang ‘treble’ berganda bersama FC Barcelona pada 2008-2009 dan Manchester City bagi musim 2022-2023 melayakkannya gelaran itu.
Barangkali mustahil untuk mana-mana pengurus lain menandingi pencapaiannya itu dalam tempoh beberapa dekad datang.
Sedari mengambil alih City pada Julai 2016, Guardiola telah membentuk pasukan biru langit Manchester itu sebagai barisan juara. Di sebalik dia ditakrif gagal pada musim pertamanya yang berkesudahan tanpa sebarang trofi, kini dia dimasyhurkan selaku antara pengurus terbaik dalam sejarah Liga Inggeris.
Dalam tempoh sesingkat hanya tujuh tahun, Guardiola telah mengemudi City untuk menghimpun lima kejuaraan – kedua hanya di belakang Sir Alex Ferguson yang memimpin Manchester United meraih 13 trofi liga.
Malah, Pep telah mengatasi rekod tiga kejuaraan yang dipelopori dua pengurus lebih senior, Jose Mourinho and Arsene Wenger, yang lebih dahulu mengecap kejayaan di England sebelumnya.
Mungkin dia masih jauh daripada rekod Ferguson, namun Guardiola memiliki kejayaan lebih baik dengan purata 1.71 trofi setiap musim berbanding Ferguson – pengurus The Red Devils selama 27 tahun – dengan purata hanya 1.02 trofi.

Tidak sekadar itu, Guardiola telah menyamai pencapaian Ferguson, yang lebih dahulu memenangi kejuaraan ‘treble’. Kini, bandaraya Manchester adalah satu-satunya di Eropah yang mempunyai dua pasukan menjuarai tiga gelaran utama dalam semusim.
“Ia satu penghormatan untuk saya berada di aras yang sama dengan Sir Alex Ferguson. Kami berasa lega dan gembira untuk mencapai sesuatu yang unik dengan memenangi ‘treble’,” kata Guardiola seperti dipetik oleh Sky Sports.
Sekalipun perlu menanti 12 tahun untuk pasukannya menjulang trofi ‘Old Big Ears’ dalam Liga Juara-Juara (UCL), Guardiola tersenarai sebagai pengurus kedua terbaik dalam kejohanan antara kelab elit di Eropah itu – cuma satu trofi di belakang Carlo Ancelotti dan setaraf dengan Zinedine Zidane yang meraih trofi UCL tiga kali.
Sepanjang tempoh 15 tahunnya selaku pengurus, nama Guardiola sentiasa dihormati, tidak hanya kerana kecemerlangannya mengemudi Barcelona, Bayern Munich dan City menggapai kejuaraan, malah kerana inovasi taktik yang dibawanya.
Barca terkenal dengan "tiki-taka" yang sukar disaingi, sambil Bayern memperagakan pendekatan ultra-menyerang dengan menggunakan cuma dua pemain pertahanan yang mirip kepada formasi 2-3-5 pada era 40-an.

Bersama City, inovasinya terus dipertingkatkan dengan tidak hanya mengubah gaya permainan, malah memperkenalkan peranan baru untuk individu dalam pasukan, contohnya formasi 3-2-4-1 yang menjadikan John Stones sebagai pemain tengah tambahan hingga dia digelar “Beckenbauer".
Mesin gol City, Erling Haaland, mendedahkan bahawa Guardiola menuntut semua pemainnya agar berupaya melaksanakan peranan khusus mengikut taktik pasukan.
“Tekanan bermain di bawah Guardiola amat menyeksakan. Tapi dilatih olehnya setiap hari, seorang jurulatih terbaik di dunia, adalah tempat terbaik untuk terus meningkat. Dia banyak sekali membantu saya,” Haaland memberitahu BT Sport.
Guardiola, yang kontraknya bersama City akan berakhir pada Jun 2025, menyerlahkan betapa dia terus laparkan lebih banyak kejayaan – dia berpeluang menjadi satu-satunya jurulatih untuk membawa dua pasukan berbeza memenangi enam gelaran semusim.
City, bagaimanapun, perlu menang Perisai Komuniti, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA tahun ini untuk menyamai pencapaian Barcelona pada 2009.
Masih adakah yang tidak meyakini Guardiola untuk itu?