Skip to main content

Bola Sepak

Legenda bola sepak meninggal dunia selepas kenderaan dirempuh keretapi

Legenda bola sepak meninggal dunia selepas kenderaan dirempuh keretapi

Dunia bola sepak Austria diselubungi kesedihan selepas bekas penjaga gol kebangsaan, Alexander Manninger dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun dalam satu kemalangan tragis melibatkan kereta dan kereta api.

Menurut laporan, insiden itu berlaku apabila kenderaan yang dipandunya dirempuh kereta api di satu lintasan, mengakibatkan kematian serta-merta di lokasi kejadian.

Advertisement

Berita pemergian itu mengejutkan ramai pihak, khususnya peminat bola sepak Austria yang mengenali Manninger sebagai antara penjaga gol berpengalaman yang pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Manninger mungkin tidak sepopular nama-nama besar lain, namun dia merupakan figura penting dalam generasi bola sepak Austria.

Sepanjang kariernya, beliau pernah menyarung jersi beberapa kelab ternama termasuk, Arsenal, Juventus, Bologna dan Augsburg.

Dia turut mencatat 34 penampilan bersama skuad kebangsaan Austria dan menjadi antara penjaga gol paling konsisten negara itu pada zamannya.

Kemuncak karier Manninger hadir ketika bersama Arsenal pada penghujung 1990-an apabila membantu kelab itu menjuarai Liga Bola Sepak Divisyen Satu (kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris) dan Piala FA.

Selepas itu, dia terus mengembara di Eropah dan menjadi pemain penting buat beberapa kelab Serie A serta Bundesliga.

Keupayaannya menyesuaikan diri di pelbagai liga menjadikan beliau antara penjaga gol Austria paling berjaya di luar negara.

Topik Berkaitan

Must Watch Video