Enzo Fernandez kembali menjadi pilihan buat Chelsea menjelang pertemuan penting menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.
Perkembangan itu disahkan ketua jurulatih, Liam Rosenior yang memaklumkan pemain tengah Argentina tersebut sudah kembali menjalani latihan penuh dan bersedia untuk diturunkan.
Advertisement
Fernandez sebelum ini digugurkan daripada skuad susulan isu disiplin dalaman selepas kenyataannya mengenai masa depan yang mencetuskan kontroversi.
Menyaksikan Enzo terlepas aksi Piala FA menentang Port Vale serta tidak diturunkan ketika kekalahan kepada Manchester City.
Namun selepas menjalani hukuman, pemain berusia 25 tahun itu kini kembali bersama skuad utama.
Chelsea memilih untuk ‘move on’ dan kembali fokus kepada saingan liga.
Kehadiran semula Fernandez hadir tepat pada waktunya ketika Chelsea giat dalam usaha memburu slot Eropah dan enggan terus keciciran mata berdepan lawan sukar seperti Manchester United.