Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, membariskan 11 pemain terbaik pilihannya menjelang aksi pertama peringat kumpulan, Piala Hyundai ASEAN 2026 berdepan Myanmar.
Azri Ghani diberikan tanggungjawab selaku penjaga gawang dan benteng terakhir skuad negara dibantu pemain pertahanan iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili, Rodney Celvin dan Ruventhiran.
Jentera tengah pula dikawal oleh Sergio Aguera, Endrick Dos Santos, dan Alif Haiqal Lau sementara bahagian serangan dibarisi Paulo Josue, Pavithran, Sumareh dan Syafiq Ahmad.