Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menolak cadangan pasukannya berkelebihan ke atas Manchester United menjelang pertembungan derby Manchester kerana kelayakan awal dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) mereka.
City bertandang ke Old Trafford untuk berdepan United Sabtu ini, bukan sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan saingan UCL.
Skuad kendalian Guardiola telah lolos ke pusingan 16 dan merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan sebelum ini ketika berdepan Marseille, sementara skuad kendalian Solskjaer pula memerlukan satu mata ketika berkunjung ke RB Leipzig.
Tetapi Guardiola -- yang menyaksikan City di tangga keenam dan satu mata di belakang United -- menegaskan tiada kelebihan buat The Citizens berdepan United.
"Kadang-kadang kita bermain tiga hari tanpa pemulihan; kadang-kadang empat," kata Guardiola.
"Ia adalah perlawanan derby. Kami akan fokus, komited dan untuk permainan ini, para pemain tidak kepenatan, mereka tidak sabar untuk menantikan perlawanan ini."
City mengatasi Fulham 2-0 Sabtu lalu dan Guardiola meraikan kemenangan ke-700 dalam kariernya, sementara yang ke-250 bersama kelab Inggeris itu.
Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne menemui sasaran di Manchester. Pemain kebangsaan Belgium itu telah terlibat lebih banyak percubaan berbanding mana-mana pemain EPL musim ini, (62 -- 34 percubaan, 28 peluang terhasil).

The best bits of our win over Fulham ⚽️
— Manchester City (@ManCity) December 5, 2020
? #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/HG2rAX2dkD