Skip to main content

Bola Sepak

Tiada istilah balas dendam di antara Atletico, Real

atletico-190417_1.jpg
Diego Simeone menegaskan Atletico Madrid tidak taksub dengan misi membalas dendam ketika berdepan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara kerana fokus mereka adalah  menghadapi Espanyol dalam aksi LaLiga, hujung minggu ini. 

Atleti telah dikecewakan oleh seteru rapat itu dalam setiap satu daripada tiga kempen terakhir mereka dalam saingan Eropah, dua kali dalam perlawanan akhir dan sekali lagi bertembung di peringkat separuh akhir menerusi undian, semalam.

Bagaimanapun, dengan pasukannya masih berjuang untuk menjamin kedudukan tiga teratas liga dan kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara musim depan, Simeone menegaskan dia tidak boleh terlalu jauh memikirkan tentang masa hadapan, malah pasukannya tidak akan terganggu dengan hasil undian itu.

"Matlamat kami adalah untuk mara ke perlawanan akhir dan oleh itu, anda perlu untuk mengalahkan lawan yang menjadi penghalang," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan dengan Espanyol. 

"Tidak kira siapa pun pencabarnya, ia tetap menjadi matlamat yang sama dan sebab yang sama untuk kami mencapai kemenangan.

"Saya memikirkan tentang Espanyol, kami menempuhi minggu penting untuk mencapai tempat ketiga. Saya tidak fikir apa-apa selain daripada itu.

"Pemain-pemain telah melihat hasil undian dalam Liga Juara-Juara tetapi cabaran liga tidak membenarkan anda terganggu kerana hal itu."

Atleti, yang menghuni tangga keempat, mempunyai jurang tiga mata dengan Sevilla, begitupun Simeone menjangkakan ujian sukar yang bakal mereka hadapi ketika menentang Espanyol yang telah memenangi empat perlawanan terakhir di laman sendiri.

Advertisement

Must Watch Video