Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, percaya pasukannya masih mempunyai ramuan untuk mengulangi kejayaan mara final Piala Malaysia seperti musim lalu setelah melakar kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Kuala Terengganu, semalam.
Biarpun masih terlalu awal untuk membuat ramalan, pengendali itu percaya kebanyakan pemainnya masih lagi terasa perit selepas tewas kepada Perak dalam final edisi lalu.
Kemenangan di Kuala Terengganu itu meyakinkan Nafuzi untuk mengharungi kempen Piala Malaysia pertamanya selaku jurulatih selepas mengambil alih pasukan itu Mei lalu.
Sebanyak tiga gol dihasilkan TFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama gara-gara penggantungan dan kecederaan.
"Berikan sokongan penuh kepada saya untuk membawa cabaran Terengganu.
"Tetapi sasaran kami memang untuk mengulangi pencapaian ke final.
"Saya dan pemain saya akan melakukan yang terbaik untuk mengulangi apa yang kami capai tahun lalu," katanya.
Sementara itu, penjaga gol berpengalaman TFC, Suffian Abdul Rahman, 41, dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan dan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Pemain itu, bagaimanapun, tidak berada dalam senarai pemain bagi perlawanan itu setelah dia meminta pelepasan daripada pihak pengurusan, dua hari sebelum itu.
"Pada hari Rabu, dia ada maklumkan bahawa dia tidak boleh datang latihan kerana masalah kesihatan.
"Kemudian, petang tu, dia pergi ke hospital dan kami menerima makluman bahawa dia ditahan di hospital.
"Saya tidak berani nak komen lebih kerana mahu menghormati permintaan keluarganya," kata pengurus TFC, Ahmad Shahrizal Yahaya.
Pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mempunyai beberapa calon lain untuk mengisi kekosongan Suffian, iaitu Muhammad Ilham Amirullah dan Wan Muhammad Azraie Wan Teh.
"Kami masih belum mendapat pengesahan daripada doktor.
"Buat masa ini, doktor pasukan sedang berurusan dengan doktor hospital.
"Kami sudah menghantar wakil tetapi diminta agar tidak mengganggu pesakit.
"Jadi, kami hanya berbincang dengan keluarganya dan pihak keluarganya memohon perkara ini disenyapkan agar tidak mengganggu proses pemulihan," tambahnya.