Skip to main content

Bola Sepak

Tewaskan Bayern seperti ini adalah 'gila' -- Tuchel

27417tuchel-dembele2.jpg
BAYERN MUNICH 2 BORUSSIA DORTMUND 3

Thomas Tuchel memuji kemenangan 3-2 Borussia Dortmund sambil berasakan cara mereka bangkit mengatasi Bayern Munich adalah "gila" dalam separuh akhir DFB-Pokal di Arena Allianz, awal pagi tadi. 


Dortmund mendahului perlawanan 1-0 menerusi Marco Reus tetapi Javi Martinez dan Mats Hummels membawa Bayern di depan pada separuh masa pertama.

Skuad Bavaria itu mempunyai beberapa peluang untuk meletakkan mereka di kedudukan selesa, malangnya penyudah tumpul mereka dihukum Dortmund dan Pierre-Emerick Aubameyang dan Ousmane Dembele kemudian meledak jaringan untuk membawa pasukan ke perlawanan akhir.

"Kami bangkit dan menukar kedudukan kami di Munich, ia 'gila'," kata Tuchel kepada pemberita.

"Kami benar-benar ketinggalan selepas 20 minit pertama. Kami tewas terlalu banyak.

"Kami kemudian mempunyai nasib yang sangat hebat selepas rehat apabila (Sven) Bender menafikan percubaan (Arjen) Robben untuk menjaringkan gol ketiga Bayern. Kami akan tewas jika gol itu masuk. Kami kemudian menjaringkan dua gol hebat dan bertahan.

"Kami agak bernasib baik yang anda perlukan apabila bermain di sini. Anda juga boleh mengatakan ia banyak nasib tetapi anda perlukannya di sini. Kemenangan ini adalah besar untuk keyakinan dan pembangunan pasukan."

Dembele memberi Dortmund bantuan gol dan jaringan kemenangan, dan pemain Perancis itu berasakan aksi ini boleh dikatakan adalah saat-saat terhebat dalam kerjayanya.

"Saya amat gembira kerana dapat mara ke final di Berlin," kata Dembele.

"Bayern mempunyai skuad yang hebat, jadi anda perlukan sedikit nasib untuk mengalahkan mereka.

"Ini adalah masa yang hebat dalam kerjaya saya setakat ini. Saya tidak akan lupakan bantuan gol dan jaringan ini."

Advertisement

Must Watch Video