Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, enggan menyalahkan pertahanannya selepas tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Monaco, awal pagi tadi.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu membawa kelebihan 5-3 di Stadium Louis II tetapi telah dibolosi dua kali dalam setengah jam pertama, dengan Kylian Mbappe dan Fabinho menemui sasaran untuk pendahulu Ligue 1 itu.
Satu peningkatan pada separuh masa kedua dihadiahkan dengan gol Leroy Sane, untuk City di depan ketika perlawanan berbaki 19 minit, tetapi tandukan Tiemoue Bakayoko menentukan keputusan yang berpihak kepada tuan rumah.
Serangan berani City di bawah pimpinan bekas bos Barcelona dan Bayern Munich, Guardiola, sering dikompromi dengan barisan pertahanan rapuh dan keadaan tidak menentu mengenai kawalan gawang ketika musim pertama dia bertanggungjawab di Stadium Etihad.
Bagaimanapun, dia tidak mahu memberi alasan biasa dalam sidang media selepas perlawanan -- menegaskan kekurangan kemahuan menyerang dan kegagalan kolektif pasukannya menekan permainan apabila hilang penguasaan pada separuh masa pertama yang hambar.
"Ini bukan soal pertahanan. Kami sentiasa mengadu tentang penjaga gol dan pertahanan, tidak. Hari ini ia tidak," kata Guardiola, selepas City menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara disingkirkan selepas menjaringkan lima gol dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati.
"Pada separuh kedua ada masalah dengan pertahanan? Tidak. Masalahnya ialah pada separuh pertama kami tidak berada di sana.
"Kekuatan kami apabila lawan mempunyai bola, kami agresif untuk mengambilnya dan kami tidak melakukannya dalam masa yang betul, kami tidak lakukan selepas melakukannya sepanjang musim.
"Itulah sebabnya kami tersingkir -- kami bermain 45 minit. Anda perlu bermain lebih daripada itu tetapi ia bukan tentang pertahanan dan penjaga gol.
"Pada separuh kedua, kami menang bola kedua (daripada hantaran jauh) -- berapa banyak peluang mereka cipta? Sama sekali tiada (sebelum gol Bakayoko daripada sepakan percuma) -- pasukan yang sama.
"Anda tidak boleh mengharapkan 90 minit seperti babak kedua, namun jurang di antara yang pertama dan kedua adalah terlalu besar.
"Dalam situasi itu, perasaan saya sekarang ialah kami akan belajar daripada itu dan ia akan banyak membantu kami pada masa akan datang."
Rekod bersih enam perlawanan di tempat lawan berturut-turut sebelum dibatalkan oleh Monaco menyokong teori bahawa pertahanannya tidak ampuh sepenuhnya tetapi Guardiola mesti mencari punca mengapa pasukannya menyimpang begitu jauh.
"Saya cuba meyakinkan mereka selepas tamat perlawanan dengan Middlesbrough (menang 2-0 dalam suku akhir Piala FA, Sabtu lalu) dan dalam semua perlawanan yang kami miliki dalam dua atau tiga hari ini," tambahnya.
"Saya berkata, 'Kamu, ayuh ke sana dan cuba menyerang dan cuba menjaringkan gol.' Kami melakukannya pada separuh kedua, kami berjaya dalam banyak perlawanan walaupun selepas ketinggalan.
"Hari ini kami tidak dapat (melakukannya). Mungkin kami perlukan lebih banyak pengalaman untuk mengetahui bahawa ia tidak kira jika kami menang atau kalah tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan siapa kami.
"Itulah yang saya katakan banyak kali. Kami perlu menamatkan perlawanan seperti siapa kami sebenarnya dan apa yang telah kami lakukan dari awal. Kami melakukannya dalam separuh kedua tetapi dalam separuh masa pertama kami tidak dapat."