Musim 2024-25 akan menjadi antara sejarah paling hitam buat Manchester United di era moden. Di bawah kendalian Ruben Amorim, kelab mengalami kemerosotan prestasi yang drastik dan paling menyedihkan, harapan terakhir peminat untuk lihat kelab tercinta julang Piala Liga Europa juga gagal.
Antara fakta dan statistik yang mengecewakan dalam musim ini:
1. The Red Devils hampir pasti bakal tamatkan musim 2024/2025 dengan rekod penyudah terburuk sejak penyingkiran terakhir pada musim 1973/1974 untuk sejarah Liga Perdana Enggeris (EPL) mereka, kini di tangga ke 16 berbaki satu lagi perlawanan akhir berdepan Aston Villa pada 25 Mei.
2. Kekalahan terakhir 0-1 kepada Chelsea pada 17 Mei 2025 memburukkan lagi situasi Manchester United dalam EPL. Gol tunggal Marc Cucurella membuatkan United terus jatuh terperosok ke kedudukan ke-16 dalam kedudukan daripada 20 pasukan. Ini adalah kekalahan ke-18 mereka musim ini.
3. Ruben Amorim adalah jurulatih kesepuluh mengendalikan MU sejak 2013. Dia menggantikan Erik ten Hag pada November 2024, tetapi hanya mampu meraih 6 kemenangan daripada 26 perlawanan di EPL. Amorim malah menawarkan untuk meletakkan jawatan tanpa pampasan.
4. Gagal dalam kesemua kejohanan eropah. Liga Perdana: Kini di tangga ke 16, rekod terburuk mereka sejak era pra-Ferguson. Piala FA: Tersingkir di pusingan kelima oleh Fulham selepas penentuan sepakan penalti yang menyakitkan. Piala Carabao: Tersingkir di suku akhir… oleh Tottenham. Liga Europa: Harapan terakhir mereka untuk kejuaraan dan kelayakan Liga Juara-Juara? Juga hilang.
5. Tidak layak ke Liga Juara-Juara dan kejohanan eropah musim depan buat pertama kali sejak musim 2014/2015.
Ini merupakan satu tamparan hebat tidak kira buat pemain, pihak pengurusan dan juga peminat tegar Manchester United. Kedatangan Amorim untuk menyelamatkan musim nyata tidak memberi impak seperti yang diinginkan. Apa yang pasti, musim 2024/2025 akan dikenang sebagai musim paling mengecewakan dalam era moden Manchester United.