Skip to main content

Bola Sepak

Terry contoh terbaik buat Mings

terry-cropped_1q5xxcpvvtzy31g0pk1rudst4b.jpg
Tyrone Mings percaya John Terry adalah contoh terbaik untuknya di Aston Villa susulan perpindahan tetapnya daripada Bournemouth.

Mings menyinar ketika dipinjamkan ke Villa Park musim lalu, menjadi watak utama di benteng pasukan kendalian Dean Smith itu sebelum mengesahkan slot ke Liga Perdana Inggeris menerusi saingan play-off.

Villa membayar sekitar GBP26.5 juta (RM135 juta) untuk memastikan bek tengah itu kekal secara tetap, melengkapkan senarai 10 pemain yang dibawa masuk oleh Smith.

Dan bekas pertahanan Ipswich Town itu memberi pujian kepada legenda Chelsea, Terry, yang kini bertindak selaku pembantu Smith dalam meningkatkan permainannya.

"Dia memberikan saya banyak kritikan tetapi menjadi contoh terbaik buat saya di peringkat ini dalam pembangunan karier," katanya.

"Dia pernah melaluinya serta melihat semua perkara. Terry adalah individu terbaik untuk saya belajar dan dia benar-benar membantu saya dalam tempoh singkat kami bekerjasama.

"Dia menetapkan tahap serta semua perkara kecil yang saya tidak sedar."

Advertisement

Must Watch Video