Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilaporkan telah menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Ini selepas badan induk itu mengetahui bahawa pengadil yang akan mengendalikan perlawanan skuad kebangsaan mereka dalam pusingan keempat kelayakan Piala Dunia Zon Asia awal bulan depan merupakan pengadil yang berasal dari Kuwait.
Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, mengesahkan pihaknya telah menghantar surat berkenaan sebagai tanda protes memandangkan pengadil berkenaan berasal dari rantau yang sama dengan lawan yang akan dihadapi mereka.
Indonesia akan menentang Arab Saudi bagi saingan Kumpulan B pada 8 Oktober ini sebelum bertemu Iraq tiga hari kemudian.
Difahamkan, PSSI meminta agar pengadil yang akan mengadili perlawanan itu dipilih dari negara neutral dan rantau berbeza.
"Setiausaha Agung (PSSI) semalam telah menghantar surat rasmi kepada FIFA, dan saya juga akan menghantar surat rasmi kepada AFC mengenai pelantikan pengadil sekarang, yang ternyata berasal dari wilayah yang sama, Kuwait," kata Erick seperti dilaporkan media berkenaan.
Kredit foto: CNN Indonesia