Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih dan teruskan sokongan anda -- Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsfc.jpg
'Penyokong adalah tulang belakang pasukan, dan semangat anda adalah kekuatan kami', itu kata-kata yang dipetik menerusi ciapan Negeri Sembilan X bagi tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa berada di belakang pasukan Negeri Sembilan. 

Skuad Negeri Sembilan bagai dilanda fenomena baharu musim 2025-2026, kehadiran yang berkunjung ke stadium cukup memeriahkan suasana di Paroi cukup menjadi kekuatan ke-12 pasukan kendalian Nidzam Jamil. 
 

"Pengurusan Negeri Sembilan FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penyokong yang telah memberikan sokongan padu dalam dua perlawanan terakhir. Suasana luar biasa yang dicipta para penyokong jelas membuktikan betapa besar jiwa keluarga NSFC," menurut kenyataan yang dikeluarkan NSFC menerusi X.

"Sokongan padu yang diberikan #SekalianYangSetia telah memberi peluang kepada pihak pengurusan kelab untuk memperbaiki aspek-aspek berkaitan penambahbaikan pasukan, pusat latihan dan beberapa perkara lain.

"Secara tambahan, sejajar dengan komitmen kelab untuk terus menambah baik pengalaman hari perlawanan, beberapa langkah baharu akan
dilaksanakan:

"1. Kapasiti Penjualan Tiket - Bagi memastikan keselesaan semua, jumlah tiket yang akan dijual untuk perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman akan disesuaikan dengan jumlah penyokong Negeri Sembilan FC dan pihak lawan. Kemasukan Pintu D (penyokong pelawat) akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan pemantauan keselamatan secara maksima.

"2. Kaedah Pengimbasan Tiket - Pihak kelab telah berbincang dengan Tickethotline dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengubah ke kaedah pengimbasan tiket yang baharu bermula dengan perlawanan menentang Sabah pada 27 September 2025. Pihak kelab juga akan memastikan tiga laluan kemasukan dapat dilaksanakan iaitu laluan khas Pas Bermusim, laluan tiket fizikal dan laluan tiket dalam talian.

"3. Pasukan "Matchday Experience" - Satu pasukan khas akan ditubuh untuk memantau dan membantu kelancaran perjalanan masuk penyokong ke stadium serta suasana sepanjang hari perlawanan.

"4. Tiket Perlawanan menentang Sabah (Liga Super, 27 September) - Bagi memudahkan perjalanan para penyokong dan mengelakkan pembelian tiket secara saat akhir, pihak kelab telah memutuskan bahawa pembelian tiket secara dalam talian bagi perlawanan menentang Sabah FC boleh dibeli mulai hari ini di www.ticket hotline.com.my, dengan sejumlah 15,000 tiket sahaja disediakan. Baki tiket fizikal perlawanan akan dijual pada minggu perlawanan tersebut.

"Penjanaan pendapatan melalui penjualan tiket sudah pastinya membantu pihak kelab namun keselesaan dan keselamatan penyokong adalah keutamaan kami.

"NSFC sentiasa mengutamakan yang terbaik untuk penyokong yang hadir dan amat menghargai sebarang maklum balas yang diberikan.

"Marilah kita bersama-sama membina legasi kejayaan ini. Penyokong adalah tulang belakang pasukan, dan semangat anda adalah kekuatan kami.

"Ayuh, kita bangkit bersama!"

Advertisement

Must Watch Video