Tonggak pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad berkata skuad Peteh perlu waspada dengan 'set-piece" pasukan KL City yang cukup berbahaya dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Jumaat.
Ini bagi mengelak Terengganu kecundang di hadapan penonton sendiri, sesuatu yang tidak dapat dibanyangkan serta digambarkan oleh Azam Azmi.
"KL City begitu berbahaya dalam 'set-piece dan sepakan sudut," kata Azam kepada Astro Arena dalam sidang media pada Khamis. "Justeru kami perlu bersedia itu. Memang KL City pasukan yang bagus dan mempunyai kualiti, tetapi Terengganu ada kualiti yang sama dan tidak mustahil untuk Terengganu layak ke final sekali lagi."
Bek kiri Terengganu ini akui kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama bukanlah bekalan selesa buat Terengganu.
Sebaliknya dia mengharapkan rakan sepasukan akan memberikan komitment seratus peratus, tidak menyerah kalah hingga layak ke final.
"Selaku pemain pertahanan saya akan membantu pasukan di bahagian bawah dan serangan jika diperlukan,' kata Azam. "Saya akui bahawa Tchetche Kipree pemain yang berbahaya... dan kami perlu kuatkan pertahanan kami. Kami harap dapat beri yang terbaik kepada penyokong, keluarga dan mara ke final".