AJAX 3 LILLE 0
Pengurus Ajax, Erik ten Hag, berkata pasukannya perlu "bermain dengan lebih bijak" walaupun menang 3-0 ke atas Lille ketika membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) 2019-20, awal pagi tadi.
Semi-finalis musim lalu itu mempamerkan penguasaan ketika menentang wakil Ligue 1 itu untuk Quincy Promes membuka tirai jaringan pada minit ke-18 sebelum Edson Alvarez menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu, lima minit selepas permainan bersambung.
Nicolas Tagliafico menambah gol ketiga menerusi tandukan ketika perlawanan berusia 62 minit tetapi Lille terlepas beberapa peluang keemasan sepanjang 90 minit permainan itu.
Tatkala Ten Hag gembira dapat memulakan kempen Kumpulan H itu dengan langkah kanan, dia menggesa pasukannya agar lebih tajam lagi di depan gol.
"Pemain saya mempunyai keinginan tinggi untuk maju," katanya kepada Ziggo. "Kami mempunyai ramai pemain yang agak terburu-buru untuk melakukan jaringan tetapi ada kalanya kami harus menekan brek dan menyimpan bola dengan lebih lama lagi.
"Jika tidak, anda akan membuatkan lawan menjadi lebih kuat. Daripada sudut organisasi permainan, kami perlu bermain dengan lebih bijak.
"Kadang-kadang kami agak tergopoh-gopoh lalu menjadikannya satu perlawanan yang terbuka. Kami sudah berbincang mengenainya kerana sedar Lille merupakan pasukan yang mantap. Kami terlalu terburu-buru untuk membuat hantaran terakhir, bukannya dengan menguasai bola."
Sementara itu, pengurus Lille, Christophe Galtier, terkilan dengan deretan peluang yang gagal diterjemahkan sambil membandingkan ketajaman Ajax merupakan satu-satunya perbezaan di antara kedua-dua pasukan.
"Kami bermain seperti yang diharapkan," katanya.
"Kami mahu menjadi berbahaya, perbezaannya adalah sentuhan klinikal di dalam kawasan penalti. Mereka berjaya melakukannya sementara kami tidak. Pemain terbaik perlawanan ini adalah penjaga gawang Ajax, ia membuktikan bahawa kami mencipta peluang.
"Tetapi di tahap ini, kami perlu menyempurnakan peluang yang ada dan menghukum lawan. Kami gagal melakukannya."