Skip to main content

Bola Sepak

Tak pergi lawat di hospital, ingatkan okay tiba-tiba sudah meninggal -- Bintang Brazil ini tunjuk contoh kuat kepada kelabnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silva.jpg
Kisah pertahanan kental Brazil, Thiago Silva, bukan hanya tentang kejayaan, malah memiliki ciri kepimpinan yang unggul di mana sahaja dia bermain. 

Kejuaraan domestik dalam Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain (PSG), termasuk Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Chelsea menjadi antara koleksi piala dimiliki pemain berusia 40 tahun itu.

Bekas pemain AC Milan itu juga sudah merekodkan 113 penampilan bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan tujul gol di peringkat antarabangsa bersama negaranya. 

Kini, dia kembali bersama kelab zaman remajanya, Fluminense, dan mengetuai pasukan bertanding dalam Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat (AS). 

Dengan semangat juang, dia dan rakan sepasukan berjaya mara ke separuh akhir dan akan bertemu bekas majikannya, Chelsea, untuk penentuan ke final edisi kali ini.

 

Menerusi perkongsian di X, dia wajar diangkat sebagai wira kerana berkobar-kobar membakar api kemaraan buat semua tonggak serta barisan kejurulatihan demi merealisasikan misi mereka dalam kejohanan berprestij itu.

"Jangan tunggu sehingga tamat permainan dan berkata anda telah melakukan sehabis baik. Tidak.

"Saya beremosi kerana anda perlu faham perjuangan besar ini," katanya dalam bilik persalinan. 

Di sebalik ucapan yang meremang bulu roma itu, Thiago Silva turut menceritakan kisah pahitnya yang kehilangan keluarga tercinta.

"Pada 2014, saya sedang bermain dalam Piala Dunia. Dan selepas tamat kempen, saya pulang ke rumah.

"Ayah saya tiba dan melawat kami. Dia mengalami masalah kesihatan dan saya tidak pasti tahap kesakitannya.

"Dia kemudiannya ditahan di hospital dan berada di wad. Saya pula ketika itu sudah ke Paris untuk memulakan latihan bersama PSG.

"Semasa musim berlangsung, isteri saya menghubungi saya dan berkata bahawa ayah telah meninggal.

"Apa yang saya cuba untuk sampaikan? Saya tidak pergi menziarahinya di hospital kerana saya ingat dia baik-baik sahaja.

"Jangan pergi untuk kemudian apa yang anda boleh lakukan sekarang kerana anda mungkin tidak berpeluang mempunyai masa lagi.

"Nikmatilah dengan penuh tanggungjawab.

"Ada yang kata kita perlu menghabiskan perlawanan dengan 11 pemain. Sila bersikap adil, tetapi juga perlu bersaing.

"Kita semua perlu berjuang bersama-sama," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video