Skip to main content

Bola Sepak

Sumali enggan lagi bazirkan masa layan isu kemelut

datuk-sumali-psm.jpg
Besar hasrat Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, untuk skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia seperti suatu masa dahulu.

Dan matanya bersinar apabila saya mengajukan persoalan dalam temu bual secara lansung dalam Nadi Arena edisi Rabu, 7.30 malam - apakah peningkatan prestasi yang dipamerkan pemain negara di Piala Dunia ISTAF 2024 adalah apa yang dimahukannya mengikut timeline yang disusun sebaik menerajui PSM pada awal 2022?

Seperti semua sedia maklum, Sumali mengambil alih tampuk kepimpinan PSM sewaktu badan induk sukan itu di ambang pembubaran dengan pejabat pendaftar kerajaan mempertimbangkan penamatannya dan juga tekanan dari Persekutuan Antarabangsa Sepaktakraw ISTAF yang enggan lagi memberikan pengiktirafan.



Apa yang berlaku ketika itu ditangani Sumali dan barisan kepimpinan PSM seperti menarik rambut di dalam tepung. 

Sumali berkongsi tempoh yang diperlukan untuk meredakan keadaan adalah kira-kira setahun sebelum fokus boleh diberikan untuk menyusun semula skuad kebangsaan.

Langkah yang dirasakan sesuai ketika itu adalah menganjurkan sebuah kejohanan besar untuk menunjukkan kepada semua bahawa Malaysia sudah bersedia untuk kembali.

“Perkara paling penting yang saya nak kita capai dulu adalah… suka tak suka, kita kena kalahkan Thailand dulu. Wujudkan satu fenomena baru, satu tsunami sepaktakraw baru seperti suatu masa dulu.”





Kebanjiran penyokong dari pelusuk negara ke Stadium Titiwangsa sememangnya menyuntik aura luar biasa kepada barisan pemain kebangsaan.

Malaysia kini bukan sahaja sudah kembali tetapi apa yang melegakan, keyakinan barisan pemain untuk membuang mentaliti bahawa Malaysia bukan sekadar negara no.2 sepaktakraw dibelakang Thailand.

Selepas ini, tiada lagi tahun yang dibazirkan. 

Dengan trio - Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam, kini sudah diiktiraf sebagai no.1 dunia dengan konsisten menewaskan regu Thailand sebanyak dua kali berturut-turut, giliran regu no.2 dan no.3 negara dipersiapkan selayaknya. 

Semoga Sumali dan barisan kepimpinan PSM terus fokus mengembalikan gemilang sepaktakraw negara.
 

Advertisement

Must Watch Video