Skip to main content

Bola Sepak

Sukar buat Aguero, Jesus gembira -- Guardiola

aguero-jesus-cropped_ob1du4wb7spb1b5q1i5gswnip.jpg
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mengakui agak mustahil untuk memastikan Sergio Aguero dan Gabriel Jesus gembira.

Sistem yang diterapkan Guardiola hanya memerlukan seorang penyerang di atas padang dan dia sering menggunakan khidmat Aguero berbanding Jesus dalam kesebelasan utama.

Menjelang pertemuan dengan Everton di Goodison Park, malam ini, Aguero setakat ini telah menyumbat lapan gol dalam enam perlawanan liga sambil Jesus menghasilkan tiga jaringan menerusi lima penampilan, masing-masing dalam Piala EFL, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris.

Walaupun memiliki kualiti daripada kedua-dua pemain itu, Guardiola berpendapat dia mungkin perlu menggunakan pendekatan di mana seorang penyerang dipertaruhkan dan besar kemungkinan Jesus diletakkan di bangku simpanan.

Guardiola berkata: "Kedua-dua pemain ini bagus. Sukar buat saya. Saya cuba untuk menurunkan kedua-duanya.

"Tiada pemain yang gembira jika kurang waktu bermain. Dia beraksi dan akan gembira, jika tidak, sebaliknya.

"Namun, saya cuba untuk menurunkan kedua-duanya. Kadangkala, ada yang cedera dan siapa yang cergas akan beraksi.

"Dalam sesetengah perlawanan, ada elemen menyaksikan hanya Jesus boleh lakukan berbanding Aguero. Begitu juga dengan aksi lain, hanya Aguero boleh lakukan. Itulah kualiti.

"Kebiasaannya, saya tidak turunkan dua penyerang. Saya beraksi dengan dua penggempur ketika berdepan Norwich City pada minit akhir dan ia tidak bagus. Kawalan kami tidak baik, kami tidak cukup bagus."
 

Advertisement

Must Watch Video