Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, mengakui dia mulai bosan dengan spekulasi berterusan tentang masa depannya.
Pemain antarabangsa Perancis itu kerap dikaitkan dengan kelab gergasi LaLiga, Real Madrid, dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, sepanjang musim ini.
Griezmann tidak teruja untuk membincangkan perpindahan ke England kerana tidak menggemari cuaca di Manchester yang kerap hujan, bahkan berkali-kali menegaskan dia gembira dengan kehidupan di Vicente Calderon.
Pemain berusia 26 tahun itu tidak berminat untuk meneruskan sebarang perbincangan mengenai perpindahan.
"Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan -- ia sentiasa soalan yang sama," katanya kepada media.
"Saya telah berulang kali menyatakannya, saya kerap menjadi tajuk utama berita dengan mengatakan saya melihat diri saya di sini. Saya telah menjawab, saya tidak akan berbuat demikian lagi.
"Saya tidak bosan dengannya -- tetapi saya semakin hampir."
Atletico akan berdepan Madrid dalam aksi 'derby' kedua musim ini, hujung minggu ini, dan sedar kekalahan akan menyaksikan mereka ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu LaLiga itu setelah bermain lebih satu perlawanan.
Bagaimanapun, Griezmann enggan menolak harapan untuk menggapai gelaran memandangkan Barcelona hampir sahaja membazirkan kelebihan selesa mereka pada bulan-bulan terakhir musim lalu sebelum ditabalkan juara.
"Kami telah berusaha sejak beberapa hari lalu untuk turun dalam aksi 'derby' dengan pendekatan yang sebaik mungkin. Ia perlawanan yang sangat penting untuk peminat," katanya.
"Kami berharap ia berjalan lancar. Saya harap kami menang.
"Saya tidak tahu -- anda tidak pernah tahu. Tahun lepas, kami ketinggalan sembilan mata dan pada satu ketika, kami terikat sama mata di kelompok atas.
"Kami akan cuba untuk memenangi semua baki perlawanan. Kami mahu layak ke Liga Juara-Juara -- ia adalah matlamat kami."