Luis Suarez menganggap rakannya di kem Uruguay, Darwin Nunez, mampu menyinar di Liverpool.
The Reds pada minggu ini mengesahkan telah memeterai perjanjian dengan pemain berusia 22 tahun itu daripada Benfica menerusi kontrak jangka panjang yang akan menelan belanja £64 juta (RM345.9j) dengan potensi tambahan £21.4j (RM115.6j).
Penyerang itu berkelana selepas menjaringkan 48 gol dalam 85 penampilan bersama Benfica untuk menamatkan saingan Liga Primeira musim lalu sebagai penjaring terbanyak dengan 26 gol.
Dia juga meledak gol dalam kedua-dua perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Liverpool selain mula mencipta rekod di peringkat antarabangsa.

Suarez menghabiskan tiga setengah tahun di Liverpool sebelum berpindah pada 2014 ke Barcelona, di mana dia terus mencetak gol ketika dia bergandingan bersama Lionel Messi.
Pemain berusia 35 tahun itu -- yang sedang mempertimbangkan cabaran seterusnya selepas meninggalkan Atletico Madrid penghujung musim lalu -- membalas gambar yang dimuat naik Nunez di Instagram yang yang menunjukkan penyerang muda berkenaan sedang menikmati pemandangan di Liverpool dan Suarez menulis: "Saya juga yang pertama! Tetapi saya harap anda yang pertama dalam soal JARINGAN. Pelukan"
Suarez, 35, memiliki koleksi 82 gol bersama Liverpool, dan ia secara tidak langsung menjadi penanda aras yang tinggi buat Nunez.
Nunez membalas tindakan Suarez dengan menulis: "Adalah menjadi satu penghormatan untuk saya mengikuti jejak anda! Saya harap saya boleh beraksi seperti yang anda lakukan di Liverpool!"