LIGA INGGERIS
Status Liga Juara-Juara gamit pemain berkualiti ke Anfield
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata prospek Liga Juara-Juara akan membantu kelab itu untuk berbelanja dalam pasaran perpindahan.
Kejohanan elit Eropah itu bakal kembali ke Anfield buat kali pertama sejak 2014-15 dan buat kali kedua dalam tempoh lapan musim, dengan Liverpool menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liverpool memiliki jurang dua mata di depan pasukan di tangga keempat, Manchester City, yang mempunyai kelebihan baki satu perlawanan.
Iklan
Namun, Klopp percaya Liverpool menjadi pilihan lebih menarik untuk memancing pemain.
"Saya fikir Liverpool pada masa ini merupakan satu projek yang benar-benar menarik buat pemain. Ini adalah kelab yang hebat, ini satu perkembangan yang baik di mana kami benar-benar mahu memajukan pasukan ini," katanya.
"Rundingan yang dijalankan kami setakat ini adalah sangat positif. Itu tidak bermakna semuanya akan dimuktamadkan tetapi kami benar-benar positif dan mereka semua melihat kemajuan. Itulah yang bagus.
"Kami tidak boleh mengatakan 100 peratus bahawa kami akan beraksi dalam Liga Juara-Juara pada tahun depan. Saya tidak pasti tetapi saya akan berkata di samping Tottenham, purata umur pasukan kami dalam keadaan di mana masih ada banyak peningkatan yang boleh ditawarkan.
"Kami berasa bagus dan jika ada pemain yang mahu menjadi sebahagian daripada pasukan ini, maka ia lebih mudah untuk membuat keputusan berbanding tahun lepas."
Liverpool akan melayani kunjungan Crystal Palace dalam saingan liga, malam esok.
Must-Watch Video