LIGA SUPER MSIA
Soto yakin raih keputusan positif di Larkin
Pemain pertahanan PKNS FC, Gonzalo Soto, bersedia menangani ancaman awang import Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Guerra, apabila berdepan kelab itu dalam aksi Liga Super di Larkin, esok.
Soto memyedari bekas rakan sekelabnya itu bakal menjadi duri dalam daging buat benteng Semut Merah.
Bagaimanapun, Soto dan rakan sepasukannya mengenali corak permainan Guerra dan tahu kaedah terbaik untuk mengekang pemain itu.
Iklan
"Kami saling mengenali corak permainan masing-masing dan untuk itu, saya berasakan esok bakal menjadi perlawanan yang menarik.
"Kami mahu mengutip mata, begitu juga dengan pihak lawan yang pastinya ingin mengekalkan kedudukan di puncak (Liga Super).
"Saya pasti ia akan menjadi perlawanan menarik seperti aksi bertemu Kedah," ujar pemain pertahanan dari Argentina itu.
Soto mengakui kejayaan mengikat Kedah dalam aksi sebelum ini turut memberi keyakinan buat PKNS.
Mereka kini dalam misi memastikan sekurang-kurangnya satu mata dapat dibawa pulang.
"JDT mempunyai pemain hebat serta mempunyai rekod kebal di laman sendiri.
"Kami perlu bersabar dan mengikut sistem taktikal yang diterapkan.
"Dengan itu, saya berpendapat kami mampu beraksi baik dan mengutip mata."
Must-Watch Video