Ole Gunnar Solskjaer menggesa Manchester United supaya menjadi lebih agresif sambil mengakui mereka "lebih baik dalam penentuan penalti berbanding perlawanan sebenar".
United memerlukan sepakan penalti untuk menentukan perlawanan mengatasi kelab Liga Satu, Rochdale, selepas terikat 1-1 dalam aksi Piala EFL di Old Trafford, awal pagi tadi.
Juan Mata, Andreas Pereira, Fred, Mason Greenwood dan Daniel James menyempurnakan sepakan penalti untuk meraih kemenangan 5-3.
Solskjaer menggesa pasukannya, yang menewaskan AC Milan menerusi penalti dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa dalam pramusim, untuk menampilkan aksi lebih agresif.
"Kami kerap mendahului 1-0 dan melakukannya sekali lagi dalam perlawanan ini," kata Solskjaer.
"Pemain-pemain perlu mula memikirkan mereka harus mendapatkan jaringan kedua bagi mengelak daripada berada dalam situasi yang sukar.
"Berpuas hati dengan satu jaringan tidak mencukupi.
"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keyakinan yang ditampilkan. Kami mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dalam penentuan penalti."
Greenwood memberikan gol pendahuluan buat United pada minit ke-68 tetapi skuad kendalian Solskjaer itu dipaksa ke penentuan penalti selepas Luke Matheson menyamakan kedudukan.
Solskjaer memuji Greenwood, dengan pemain berusia 17 itu merupakan antara perkara yang positif buat United.
"Dia mampu menjaringkan gol menggunakan kedua-dua kaki. Ia adalah mimpi buruk buat setiap pertahanan jika berada dalam situasi satu lawan satu dengannya. Pergerakannya sukar diduga.
"Anda dapat melihat kualiti yang dimiliki pemain itu. Dia masih muda dan kami perlu membenarkan dia memperkembangkan lagi mutu permainan."
United akan menerima kunjungan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Isnin depan manakala bertemu Chelsea dalam saingan Piala EFL bulan depan.
Undian pusingan keempat Piala EFL:
Everton lwn Watford
Aston Villa lwn Wolves
Manchester City lwn Southampton
Burton Albion lwn Leicester City
Crawley Town lwn Colchester United
Chelsea lwn Manchester United
Oxford United lwn Sunderland
Liverpool lwn Arsenal