Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer sudah sepatutnya tinggalkan Manchester United, kata Ferdinand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ole-gunnar-solskjaer.jpg
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, sudah sepatutnya meletakkan jawatannya dan meninggalkan Old Trafford, kata bekas pertahanan tengah pasukan itu, Rio Ferdinand.

Solskjaer sedang menghadapi tekanan paling besar selepas United tewas 0-2 kepada pasukan jiran, Manchester City, dalam aksi 'derby' Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu -- tidak lama selepas mereka diaibkan dengan kekalahan 0-5 di tangan Liverpool hujung bulan lalu.

United tewas empat daripada enam perlawanan terakhir untuk pasukan The Red Devils itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, menjelang waktu rehat antarabangsa bulan ini.

Solskjaer masih belum menjulang sebarang trofi sejak bergelar pengurus tetap Manchester United pada Mac 2019 dan bekas rakan sepasukannya, Ferdinand, percaya ia sudah tiba masanya untuk pengendali berbangsa Norway itu meninggalkan pasukan berkenaan.

"Kami memulakan musim dengan harapan dan dengan jendela perpindahan yang mengujakan, kami duduk di sana sambil berfikir 'ia adalah waktu kami'," kata Ferdinand -- yang memenangi enam gelaran EPL dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sewaktu bergelar pemain United -- kepada siaran audio Five with Vibe.

"Ole dibawa masuk bagi membawa kami ke arah itu. Dia dibawa masuk untuk memastikan skuad ini dalam keadaan utuh, membawa masuk pemain untuk menjadikan kami pencabar dalam liga.

"Saya berada di sini sekarang dan saya tidak fikir kami mampu mencabar gelaran liga. Saya melihat kepada pasukan kami dan berfikir apa yang akan kami lakukan secara taktikal.



"Saya tidak dapat melihat sebarang falsafah atau identiti Man United melalui cara permainan atau apa sahaja yang perlu dilakukan pihak pengurusan. Saya duduk di sini dengan perasaan bingung terhadap pasukan ini.

"Jauh di sudut hati, saya sentiasa memiliki pandangan yang agak skeptikal, mampukah dia membawa kami menjadi juara? Saya masih tidak diyakinkan -- saya tidak pasti dia mampu melakukannya.

"Tetapi persembahan dengan skuad yang dimilikinya, sehingga awal musim ini -- dan berdasarkan apa yang saya lihat musim ini -- saya rasa mungkin sudah sampai masanya dia menyerahkan baton kepada orang lain yang mampu membimbing kami ketika ini.

"Dan Ole ketika ini boleh meninggalkan kami dengan penuh kebanggaan kerana berdasarkan kedudukan kami ketika dia mengambil alih dan sehingga awal musim ini, ia sesuatu yang positif," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video