Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United diberikan lebih lagi kepercayaan dalam usaha merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri tanpa jaringan dengan Arsenal.
The Red Devils, tiga hari selepas mengalami kekalahan mengejut di tangan Sheffield United, gagal menggunakan peluang bertemu Gunners yang kemarau kemenangan dalam lima aksi liga.
Alexandre Lacazette menggegar palang menerusi sepakan percuma tetapi Edinson Cavani terlepas dua peluang terbaik perlawanan menyaksikan United bertemu lima daripada enam kuasa besar EPL tanpa menjaringkan gol.
Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Solskjaer ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Bagaimanapun, Solskjaer tidak berminat untuk membincangkan peluang mereka untuk bergelar juara buat pertama kali sejak 2012-13, dia menegaskan pemain-pemain menerima dorongan daripada perlawanan di Stadium Emirates.
"Kami tidak memikirkan perlumbaan gelaran atau gelaran sekarang, kami berada di bulan Januari," katanya. "Kami hanya fokus untuk kembali ke prestasi terbaik.
"Kekecewaan pada hari Rabu adalah besar, tetapi hari ini memberi kita lebih banyak kepercayaan lagi kerana kami berasakan kami menguasai dan mencipta peluang besar untuk memenangi perlawanan, [tetapi] anda tidak boleh mengawal keputusan. Reaksi dan pendekatan permainan sangat bagus.
"Sudah tentu, anda melihat setiap permainan tetapi anda melihat perlawanan kami bertemu Arsenal, Chelsea, City, Liverpool, kami bertahan dengan baik. Kami tidak mudah memberikan peluang buat pasukan lawan. Itulah adalah salah satu asas bola sepak. Kami perlu memanfaatkan peluang kami dan kami tahu kami mempunyai pemain untuk melakukannya -- buat masa ini, kami belum melakukannya.
"Kami akan terus berusaha di padang latihan."
Cavani turut dalam kesebelasan utama tetapi gagal menyudahkan dua peluang terbaik dalam separuh masa kedua yang mampu memberikan tiga mata buat United, penyerang itu gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke sasaran.
"Saya melihat pergerakan dan kebijaksaan dalam lariannya dan saya mengetahui hanya terdapat sedikit kekurangan sahaja," katanya.
"Perkara paling penting adalah dia menghasilkan peluang, di mana sesuatu yang saya harapkan daripada Mason [Greenwood], Anthony [Martial], Marcus [Rashford] untuk melihat dan belajar daripadanya."
Seri itu sekurang-kurangnya menyaksikan United mencipta rekod baru dengan 18 perlawanan berturut-turut di tempat lawan tanpa kekalahan.

18 - Manchester United are now unbeaten in 18 Premier League away games (W13 D5), the longest run without defeat on the road in their top-flight history. Cloud. pic.twitter.com/u0T5MiRCJp
— OptaJoe (@OptaJoe) January 30, 2021