Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer puji persembahan terbaik United dalam derby Manchester

olegunnarsolskjaer_1.jpg
Ole Gunnar Solskjaer memuji persembahan Manchester United ketika aksi derby Manchester walaupun perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan di Old Trafford.

Persaingan antara United dan City menyaksikan pasukan yang menghuni tangga ketujuh dan kelapan liga.

United menyangka mereka meraih peluang untuk membuka jaringan selepas diberikan sepakan penalti apabila Kyle Walker melakukan terjahan terhadap Marcus Rashford, namun VAR telah menunjukkan penyerang England itu berada dalam kedudukan ofsaid.

United mengatasi City tiga kali daripada tempat pertemuan musim lalu, termasuk kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun Solskjaer memberikan pujian kepada pemain-pemain yang bangkit daripada penyingkiran Liga Juara-Juara.



"Ia merupakan waktu saya berdepan Manchester City merupakan persembahan terbaik pernah kami lakukan. Bukan keputusan terbaik namun persembahan yang terbaik," katanya kepada Sky Sports.

"Ia merupakan perlawanan yang sengit. Saya mengetahui kami telah mengatasi mereka beberapa kali tetapi itu perlawanan yang berbeza. Mereka turut memiliki peluang.

"Dua pasukan berkualiti, secara taktikal, kami mengetahui mereka akan menghadirkan masalah tetapi kami telah bertahan dengan baik.

"Saya sangat berpuas hati dengan cara pasukan bertahan. Namun kami gagal menghasilkan lebih banyak peluang seperti yang kami mahu."
 



 

Advertisement

Must Watch Video