Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer puji impak Cavani

edinsoncavani.jpg
Ole Gunnar Solskjaer memuji impak besar Edinson Cavani ketika Manchester United lolos ke separuh akhir Piala EFL.

Cavani meledak gol pada minit ke-88 sebelum Anthony Martial menyempurnakan kemenangan 2-0 United ke atas Everton di Goodison Park awal pagi tadi.

Jaringan pemain kebangsaan Uruguay itu terhasil daripada percubaan keempatnya dalam perlawanan, lebih daripada satu buat seluruh pasukan Everton.

Cavani telah meledak empat gol dalam 12 perlawanan buat United musim ini dan Solskjaer memuji penyerang berusia 33 tahun itu.

"Saya fikir anda salah, saya tidak fikir dia mempunyai permulaan yang perlahan. Saya rasa dia bermain dengan baik, dia sangat cemerlang," katanya.

"Dia sebelum ini mengalami kecederaan, lambat menyertai pasukan jadi saya tetap berpuas hati dengan pengaruhnya. Dalam bilik persalinan, tabiat yang dibawa ke dalam latihan, sikap yang dipikul untuk menghadapi perlawanan. Anda dapat melihat dia menjaga dirinya dengan baik sekali.

"Dia menjaringkan gol penting buat kami dan memberikan pengalaman. Dia akan menjadi lebih baik selepas telah berehat panjang sebelum ini. Kami perlu bersabar dan saya berasakan dia telah memberikan impak yang besar."
 
 

Advertisement

Must Watch Video