MAN UNITED 1 ROCHDALE 1
(United menang menerusi penentuan penalti 5-3)
Ole Gunnar Solskjaer meminta untuk bersabar dengan wira terbaru Manchester United, Mason Greenwood, selepas membantu pasukan mengatasi Rochdale dalam saingan Piala EFL.
Greenwood membuka jaringan di Old Trafford awal pagi tadi, dengan pemain berusia 17 tahun itu menjaringakn gol kemenangan ke atas Astana dalam saingan Liga Europa (UEL) minggu lalu.
Luke Matheson, pertahanan kanan yang lebih muda daripada Greenwood (16 tahun), menyamakan kedudukan buat kelab Liga Satu itu untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti, dengan Greenwood antara pemain United yang menyempurnakan sepakan ketika meraih kemenangan 5-3.
Ketika Marcus Rashford dan Anthony Martial diketepikan, Greenwood dijangka bakal diturunkan ketika United menerima kunjungan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Isnin depan.
Solskjaer, bagaimanapun, meminta untuk bersabar serta tidak meletakkan tekanan terlalu tinggi terhadap bintang muda itu.
"Kami sentiasa memerlukan kualiti untuk menjaringkan gol dan ia adalah kekurangan dalam pasukan ini," katanya.
"Kami bertahan dengan baik dan seharusnya menjaringkan beberapa gol. United seharusnya menggunakan setiap peluang tetapi kami memiliki Greenwood.
"Ia merupakan jaringan yang berkualiti, dia mampu meledak menggunakan kaki kanan, kiri. Dia mengambil sepakan penalti dengan kaki kanan, menjaringkan gol dengan kaki kiri. Jadi Greenwood merupakan seorang penyudah yang memiliki keyakinan yang tinggi.
"Dia hanya berusia 18 tahun minggu depan dan jika masa diberikan, dia mampu menjadi pemain berkualiti."
Skuad kendalian Solskjaer itu akan berdepan Chelsea dalam pusingan keempat yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
"Kami melepasi pusingan ini, jadi kami berpuas hati. Kami cuba menikmati kemenangan ini sebelum beralih tumpuan."