Skip to main content

Bola Sepak

Skuad bawah 16, 19 tahun hadapi laluan berliku

malaysia.jpg
Skuad bola sepak bawah 19 dan 16 tahun negara diundi dalam kumpulan agak kompetitif dalam kelayakan Kejohanan Remaja AFC yang bakal membuka tirai September depan.

Sebanyak 46 negara bakal terlibat dalam kejohanan bawah 16 tahun, yang dibahagikan kepada dua zon, iaitu Timur dan Barat.

Malaysia yang berada dalam zon Timur diundi bersama-sama Jepun, Singapura dan Guam dalam Kumpulan J.

Senario itu tidaklah menghadirkan keselesaan kepada skuad muda negara, apatah lagi Jepun pernah muncul juara sebanyak dua kali pada tahun 1994 dan 2006.

Pencapaian tertinggi Malaysia setakat ini adalah pusingan suku akhir pada edisi 2014 sebelum tewas kepada Australia.

Sementara itu, bagi skuad B-19, 44 negara bakal bersaing, yang menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan F bagi zon Timur bersama-sama Korea Selatan, Timor Leste, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Malaysia, yang pernah meraih naib juara sebanyak tiga kali, turut berdepan saingan sengit dari Korea Selatan yang merupakan pemenang 12 kali kejohanan itu sejak 1959.

"Tiada perbezaan daripada pengurusan kejohanan, cuma yang berbeza adalah kini hanya ada empat kumpulan dan semuanya dibahagikan sama rata, tidak seperti sebelum ini," jelas Pengarah Kejohanan AFC, Avazbek Berdikulov.

Advertisement

Must Watch Video