Skip to main content

Bola Sepak

Skandal Lyon-Palace: Kelab gergasi Perancis menang rayuan, elak penyingkiran tapi?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lyon.jpg
Lyon akan kekal dalam Ligue 1 musim depan selepas memenangi rayuan terhadap penyingkiran mereka ke Ligue 2, semalam.

Terdahulu, wakil pasukan gergasi Perancis itu, bersama beberapa pasukan Ligue 1 lain mengadakan pertemuan dengan National Management Control Directorate (DNCG) bagi membentangkan mengenai keadaan kewangan kelab masing-masing.

Lyon sebelum ini diturunkan sementara ke Ligue 2 pada November lalu gara-gara keadaan kewangan mereka, yang dilaporkan memiliki beban hutang melebihi €500 juta (RM2.461 bilion).

DNCG memilih untuk mengekalkan keputusan itu bulan lalu dan ingin menghantar juara liga tujuh kali itu ke divisyen kedua. 

Bagaimanapun, ia telah dibatalkan.

"Olympique Lyonnais mengalu-alukan keputusan untuk mengekalkan kelab ini dalam Ligue 1," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“OL mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa rayuan kerana telah mengiktiraf pengurusan baharu kelab, bertekad untuk memastikan gerak kerja yang serius pada masa hadapan.

"Keputusan hari ini adalah langkah pertama dalam memulihkan keyakinan terhadap Olympique Lyonnais. 

 

"Kami kini boleh menumpukan perhatian kami pada persediaan sepenuhnya untuk musim depan."

Ia adalah keputusan yang turut mempengaruhi Crystal Palace, yang mana kejayaan Piala FA menentang Manchester City menyaksikan mereka layak ke Liga Europa (UEL).

Lyon telah mencapai penyelesaian dengan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), yang bersetuju untuk dikecualikan daripada pertandingan Eropah musim depan jika penyingkiran mereka disahkan melalui rayuan.

Mereka menduduki tempat keenam dalam Ligue 1 tahun lalu, dan layak ke kejohanan itu bersama-sama Palace, tetapi atas perkembangan terkini, Eagles mungkin tidak dapat bermain dalam pertandingan itu.

Ini kerana terdapat pelanggaran peraturan pemilikan bersama dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Eagle Football Holdings, yang dimiliki oleh John Textor, iaitu pengerusi sama dengan Lyon.

Ahli perniagaan Amerika itu mempunyai kepentingan dalam kedua-dua Palace dan Lyon, dengan peraturan UEFA menyatakan kelab tidak boleh bersaing dalam pertandingan Eropah yang sama jika mereka dimiliki oleh pengaruh atau entiti yang sama.

Ini bermakna Nottingham Forest, yang layak ke Liga Persidangan (UECL) selepas menduduki tempat ketujuh dalam liga, boleh mengambil tempat Palace dalam UEL.

Advertisement

Must Watch Video