Skip to main content

Bola Sepak

Situasi Neymar, Figo berbeza -- Gaspart

neymar-2.jpg
Penghijrahan Neymar ke Real Madrid dari Paris Saint-Germain (PSG) sama sekali tidak boleh disamakan dengan pembelotan oleh Luis Figo secara terus, yang dilabel "pengecut dan pengkhianat" Barcelona, ​​kata bekas presiden, Joan Gaspart.

Madrid menggemparkan bola sepak Sepanyol pada Julai 2000 apabila membayar klausa pelepasan bernilai €62 juta (RM298.9j) untuk memburu Figo dengan Presiden Los Blancos, Florentino Perez, menunaikan janjinya kepada ahli kelab dan memulakan era 'Galactico'.

Penghijrahan itu menghangatkan persengkataan 'El Clasico' tatkala peminat Barca tidak berdaya menghalang  pemain terbaik dunia itu mewakili seteru ketat mereka.

Perpindahan rekod dunia ketika Neymar beralih ke PSG dengan nilai €222 juta (RM1 bilion) mengundang kemarahan sama pada Ogos lalu, dengan laporan mengaitkan tonggak Brazil itu akan berpindah ke Madrid pada masa depan, bukannya perpindahan terus dari Barca.

Bagaimanapun, Gaspart, yang dipilih sebagai presiden Barca sehari sebelum Madrid memperkenalkan Figo sebagai pemain mereka, menolak persamaan di antara dua bekas pemain pujaan di Camp Nou itu. 

"Perpindahan Neymar ke Madrid tidak setanding dengan Figo," kata Gaspart kepada Radio Marca.

"Figo pergi dengan pengkhianatan dan kami tidak sempat untuk memperbaharui pasukan dan dia adalah pengecut yang mengkhianati kami. Neymar pergi untuk wang, tutup cerita."

Gaspart juga menolak cadangan bahawa Lionel Messi akan meninggalkan Barca sekiranya Catalonia memperoleh kemerdekaan yang sah sambil melahirkan keyakinan kelab itu masih mampu mengekalkannya. 

Tambahnya: "Di republik Catalan, Messi akan terus di Barca kerana kami akan mempunyai pasukan hebat dan kami masih akan bermain dalam Liga Juara-Juara.

"Masalah yang kami hadapi ketika ini ialah kestabilan di negara ini dan kerajaan akan mengusahakannya."

 

Advertisement

Must Watch Video