Mauricio Pochettino memiliki keperibadian dan kepakaran untuk membuat perbezaan di Paris Saint-Germain (PSG), menurut bekas rakan sepasukannya di Argentina, Juan Pablo Sorin.
Pandangan itu disuarakan sebelum Pochettino diumumkan sebagai pengurus baru buat juara Perancis berkenaan.
Thomas Tuchel dilaporkan telah dipecat oleh kelab itu, yang belum mengulas mengenai hal tersebut sementara bekas pengendali Tottenham berkenaan dijangka akan mengambil alih kerusi panas terbabit.
PSG menduduki tangga ketiga Ligue 1 selepas tewas empat daripada 17 perlawanan tetapi kemenangan 4-0 di Strasbourg semalam meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Lyon dan Lille.
Juan Pablo Sorin, yang memilih Pochettino untuk mengemudi PSG, menganggap pengurus itu mempunyai profil yang tepat untuk tugasan berkenaan.
Sorin menulis di Twitter: "Pochettino ke @PSG_inside? Syabas!
"Dia pemimpin sejati, boleh bekerjasama dengan baik, gaya permainan yang menonjol, keperibadian, hubungannya manusia termasuk pemain dan tentu saja impian untuk memenangi @ChampirLeague selepas hampir berjaya melakukannya tahun ini."
PSG tewas 0-1 oleh Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara (UCL), Ogos lalu, namun mereka menyapu bersih gelaran domestik di bawah kepemimpinan Tuchel musim lalu.
Mereka juga telah mara ke pusingan 16 UCL musim ini dan akan menghadapi Barcelona untuk merebut tempat ke suku akhir.
Ia akan menjadi ujian awal buat Pochettino, lebih-lebih lagi dia pernah muncul sebagai pemain dan pengurus kepada seteru setempat Barcelona, Espanyol.
Sorin, yang menyertai PSG pada 2003 sambil Pochettino berkelana ke Bordeaux, sempat beraksi bersama-sama dalam Piala Dunia 2002.
Langkah PSG untuk melantik Pochettino meraih pujian bekas penyerang Tottenham, Gary Lineker.
Lineker menulis di akaun Twitter miliknya: "Mauricio Pochettino menjadi calon @PSG_English. Seorang jurulatih hebat yang satu-satunya kekurangan adalah trofi. Ia akan berubah."

Une bonne performance pour terminer le 2020 ?? @PSG_inside pic.twitter.com/4wwq3Vo7AH
— Ander Herrera (@AnderHerrera) December 23, 2020