Skip to main content

Bola Sepak

Simeone kagum dengan kemampuan Real

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atletico-madrid-boss-diego-simeone.jpg
Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, mengungkapkan kekagumannya terhadap Real Madrid menjelang derby LaLiga malam ini.

Real menerima kunjungan jiran dan pendahulu LaLiga, Atletico di Estadio Alfredo Di Stefano, dengan skuad kendalian Simeone mendahului satu mata ke atas Real Sociedad di puncak liga.

Juara bertahan, Real ketinggalan enam mata dan Atletico sekadar tewas sekali dalam lapan pertemuan derby dalam saingan LaLiga, tidak dibolosi tujuh kali, Simeone mula berwaspada terhadap pasukan Los Blancos yang berpengalaman.

"Ini adalah permainan yang bagus di mana terdapat pemain bola sepak yang hebat dalam kedua-dua pasukan. Real telah bertanding di peringkat tertinggi selama bertahun-tahun," kata Simeone.

"Seperti apa yang saya katakan, Saya rasa kagum terhadap lawankami  dan pemain yang mereka ada. Mereka mengekalkan tahap yang hebat walaupun sudah lama mereka berada di puncak. Sesetengah mereka telah berusia 33, 34 atau 35 tahun dan masih lagi mempamerkan aksi yang cemerlang.

"Itulah perkara yang paling penting. Dan ini adalah sesuatu yang patut dikagumi, walaupun ia merupakan saingan bersejarah bagi kita.

"Kami terus ke hadapan, cuba untuk menguasai perlawanan menggunakan kelebihan kami dan berusaha mempamerkan aksi yang indah."

 

Atletico gagal memenangi lapan perlawanan LaLiga bertemu Real -- seri lima kali dan tewas tiga -- selepas memenangi empat daripada enam pertembungan.

Tetapi Atletico telah menangi tujuh perlawanan terakhir LaLiga, tidak dibolosi dalam enam perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video