Pakar perundangan sukan, Richard Wee, menegaskan tidak wajar untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam masa sama, Richard faham mengapa FAM ingin berbuat demikian, berdepan dengan tuduhan yang sangat berat pastinya meletakkan kredibiliti mereka di tahap yang kritikal dan disebabkan itu mereka pasti ingin pertahankan diri hingga ke titik darah terakhir.
"Ia tidak berapa wajar. Tetapi, sebagai entiti besar sudah tentu mahu berjuang sehingga ke akhirnya.
"Dalam kes ini, FAM cuba untuk tetap membuktikan sesuatu bahawa mereka tidak bersalah atau tidak terlibat.
"Sebab tuduhan FIFA ini sangat serius," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Susulan alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap kes ini, Richard merasakan ibarat terlalu sukar untuk FAM pertahankan diri dalam CAS melihat kepada situasi semasa.
"FIFA sangat jelas.
"Dokumen yang diterima daripada FAM dan pemain tidak sah sebab mereka jumpa matlumat sebenar.
"Agak susah untuk FAM menang. Siapa-siapa boleh buat rayuan tetapi nak menang memang susah," tambahnya.