Presiden Indonesia, Joko Widodo, memberikan Visa Emas kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong (STY), dalam acara pelancarannya di Hotel Ritz Carlton, Jakarta Selatan, sebentar tadi.
Jokowi berkata pertimbangan pemberian Visa Emas kepada STY tidak lain adalah kerana jurulatih dari Korea Selatan itu telah memberikan sumbangan kepada Indonesia.
"Saya tegaskan orang yang tidak berguna untuk negara kita jangan masuk, tidak. Mereka mesti dipilih seketat mungkin," kata Jokowi seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.
Jokowi kemudiannya mengajak warga dunia untuk melabur dan bekerja di Indonesia. Menurutnya, Indonesia adalah destinasi untuk bakat global bekerja.
“Kami melancarkan perkhidmatan Visa Emas bagi memudahkan warga asing melabur dan bekerja di negara kita, Indonesia,” katanya.