Bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, memberi bayangan bahawa dia sedia untuk mempertimbangkan sebarang kemungkinan untuk mengambil alih tampuk kejurulatihan skuad China.
Lebih menguatkan lagi petunjuk terbaharu itu hadir ketika Persatuan Bola Sepak China (CFA) sebelum ini pernah melontarkan cadangan untuk mendapatkan khidmat jurulatih Korea Selatan itu selepas mengharungi pusingan Kelayakan Piala Dunia yang kurang memberangsangkan.
Ia bagi menggantikan ketua jurulatih yang sedia ada iaitu Branko Ivanovic yang dilihat gagal menjelmakan reputasi yang baik dalam skuad itu yang menyaksikan mereka turut tewas di tangan Indonesia tempoh hari.
Jurulatih Croatia itu ditamatkan khidmat susulan kekalahan tersebut.
Kini Tae-yong dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, sekali gus melahirkan semula harapan buat skuad The Dragon itu.
Bagaimanapun, sehingga kini Tae-yong mengakui masih lagi belum dibuhungi oleh pihak CFA dan masih menunggu untuk sebarang tawaran.
CFA juga sebelum ini dikaitkan mengintai khidmat jurulatih Chengdu Rongcheng, Seo Jung Won, dan bekas jurulatih Manchester City, Roberto Mancini.