INTER 2 SASSUOLO 1
Cristian Chivu merasakan Inter seharusnya membunuh permainan lebih awal ketika membenam Sassuolo 2-1 di laman sendiri sambil menyatakan kekagumannya terhadap kematangan Francesco Pio Esposito.
Tekanan semakin memuncak kepada Nerazzurri selepas dua kekalahan Serie A berturut-turut kepada Udinese dan Juventus, namun kemenangan 2-0 ke atas Ajax dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu memberi sedikit ruang kelegaan buatnya.
Mereka bermula garang apabila mendahului menerusi Federico Dimarco selepas menerima hantaran Petar Sucuc, sebelum lencongan Carlos Augusto menjadikan kedudukan 2-,0 namun jaringan Walid Cheddira mengundang cemas di penghujung permainan.
Davide Frattesi turut menggegar gawang teta[i jaringannya itu dibatalkan akibat ofsaid selepas menerima muntah daripada rembatan Dimarco.
“Yang positifnya ialah kemenangan kerana kami sangat memerlukannya dan ia juga satu persembahan yang baik,” kata pengurus itu kepada DAZN Italia.
"Kami berpeluang mematikan permainan lebih awal tetapi kami terpaksa berdepan seorang penjaga gol yang mempunyai malam yang luar biasa.
"Apabila mereka menjaringkan gol pada lewat permainan, sudah pasti ia menimbulkan ketegangan tetapi kami cuba mengekalkan rentak dan mencipta peluang. Kami menderita hingga ke hujung permainan dan itu adalah perkara yang baik.
"Perkara yang paling penting adalah untuk menang malam ini. Saya fikir kami seharusnya beraksi dengan lebih baik, kami patut menggerakkan bola dengan lebih pantas, menyerang di udara dengan lebih baik walaupun jelas ia tidak mudah apabila pihak lawan berkubu di tempat sendiri.
"Kami menunjukkan karakter, keazaman, sikap yang betul dan juga kualiti. Kami mencipta peluang untuk memastikan kemenangan lebih awal tetapi penjaga gol lawan cukup tangkas."

PORTIAMO A CASA I 3 PUNTI ??#ForzaInter #InterSassuolo pic.twitter.com/4jqGBg5jDc
— Inter ⭐⭐ (@Inter) September 21, 2025