Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa ACC Shopee Cup: Terengganu ledak dua gol sebelum menuju bilik persalinan

terengganu.jpg
Terengganu menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama aksi Kumpulan A Piala Shopee Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner meletakkan sasaran untuk mendapatkan kemenangan pertama meraih langkah kanan apabila berjaya mendahului separuh masa pertama 2-1.

Gol terhasil menerusi Akhyar Rashid pada minit ke-19 sebelum Manuel Ott menggandakan jaringan beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama. 

Pelawat memperoleh gol bagi mengurangkan defisit jaringan menerusi Luiz Antonio sebelum kedua-dua pasukan menuju bilik persalinan.

Advertisement

Must Watch Video