REAL SOCIEDAD 2 ATLETICO MADRID 0
Diego Simoene berkata dia gusar dengan segala-segalanya tentang serangan dan pertahanan pasukannya dan mengakui Atletico Madrid perlu memperbaiki prestasi selepas melihat rekod kemenangan 100 peratus mereka dimusnahkan Real Sociedad awal pagi tadi.
Atletico turun ke Arena Reale berbekalkan rekod tiga kemenangan sepanjang saingan musim ini.
Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan jaringan pembukaan Martin Odegaard dan disusuli gol pertama bekas pertahanan Arsenal, Nacho Monreal, dalam babak kedua.
Ketua jurulatih Atletico, Simeone, berasakan kekalahan itu membuktikan masih banyak usaha yang perlu dilakukan pasukannya.
"Segala-galanya membimbangkan saya. Saya gusar segala-gala yang berlaku di bahagian serangan dan pertahanan.
"Kami perlu meningkat. Kami tahu apa yang kami ada dan apa situasi kami dan kami perlu melupakannya.
"LaLiga amat sukar, apabila anda tidak bermula seperti yang sepatutnya, anda akan tewas.
"Sejak pramusim, ini adalah kekalahan pertama kami, jadi kami perlu memperbaikinya dan terus meningkat," katanya.
Simeone menambah Atletico tidak memaparkan aksi sebenar sehingga peluang mereka tertutup.
"Pasukan ini hanya beraksi baik selepas ketinggalan 0-2.
"Pada penghujung perlawanan, barulah kami sedar apa yang kami perlu lakukan," tambahnya.