Sembilan daripada 12 pasukan Liga Super musim ini lulus pelesenan kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka menyertai saingan musim depan.
Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus memantau aspek pengurusan kelab-kelab berkenaan bagi mengelakkan isu hutang menjadi tajuk utama tahun depan.
Ia bermakna Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu (TFC), Felda United dan Petaling Jaya City FC, sah akan beraksi dalam Liga Super musim 2020.
Kuala Lumpur, yang tersingkir ke Liga Perdana musim depan, turut lulus piawaian yang ditetapkan.
Bagaimanapun, PKNP FC, yang turut diturunkan ke Liga Perdana, menjadi pasukan tunggal yang gagal mendapatkan pelesenan berkenaan kerana tidak menyerahkan laporan tahunan kepada Badan Pelesenan Kelab FAM (FIB).
Sementara itu, PKNS FC dan Melaka diberikan lesen bersyarat hingga 30 Oktober ini atau berdepan risiko untuk disingkirkan ke Liga Perdana.
"Kalau didapati sesuatu pasukan telah melanggar syarat-syarat pelesenan, ia merupakan kuasa FIB untuk menilai semula lesen yang telah diberikan.
"Bermacam-macam tindakan boleh diambil seperti denda, penarikan lesen dan pembatalan penyertaan," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
FAM meletakkan syarat buat setiap pasukan untuk menyerahkan surat isytihar bebas tunggakan gaji dan penyata kewangan selewat-lewatnya 15 Disember depan bagi mengelakkan pasukan mereka berdepan masalah musim depan.
"Tiada laporan kepada FAM mengenai kes-kes ini (sebelum ini), jadi kami tidak boleh ambil tindakan terhadap pasukan yang tiada kes dilaporkan.
"Dengan itu, segala keputusan yang dikeluarkan FIB berdasarkan deklarasi yang dipersetujui pada penghujung 2019, adalah untuk memastikan hutang-hutang yang mungkin tidak dilaporkan kepada FAM itu dapat diselesaikan dengan deklarasi tersebut," tambahnya.