Skip to main content

Bola Sepak

Seludup manusia ke Jepun guna tiket pasukan bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malik-waqas.jpg
Malik Waqas dari Pakistan mengenakan $14,000 (RM58,889) bagi setiap seorang dan membentuk sebuah pasukan bola sepak bagi menutup kegiatan pemerdagangan manusia ke Jepun. 

Harga tersebut merupakan pakej untuk mempersiapkan dokumen mereka termasuklah pendaftaran palsu dengan Persekutuan Bolasepak Pakistan dan Kementerian Luar Negara dalam usaha menyamar sebagai sebuah pasukan yang terdiri daripada 22 pemain di bawah Program Golden Football Trials. 

Kegiatan Malik akhirnya dihidu oleh pegawai sempadan Jepun, malah penyiasat mendapati mereka sempat berlatih untuk berkelakuan bagaikan pemain profesional. 

Malik kemudiannya mengaku bahawa tahun lalu, dia berjaya menyeludup 17 orang ke Jepun dengan cara yang sama. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video